Saturday, 31 December 2011

Berkongsi ilmu untuk diamalkan dalam hidup kita

PESANAN DARI USTAZ......
Bila kita dengar sesuatu ilmu terus niatkan untuk di amalkan dan disampaikan kepada orang lain agar ilmu itu berkembang dan dimanafaatkan oleh ramai orang. Dalam IKIM pg tadi 31 Dis seorg ustasz menyampaikan
topik ibadah.  Ibadah terbahagi 3 iaitu
1. Ibadag asas - rukun iman dan rukun Islam
2. Ibadah sunat -untuk menampung kecacatan dalam ibadah asas seperti buat solat sunat sebelum dan selepas zohor.
3. Ibadah umum membawa maksud lebih luas lagi- fardhu kifayah dan amal soleh. Apabila ditegakkan ibadah umum barulah Islam tertegak dengan indah seumpama pohon yang rendang.
Marilah kita fokuskan apakah ibadah umum itu?
Apa yang berlaku hari ini ialah  kebocoran dalam ibadah kita masing2.Oleh itu marilah sama2 muhasabah diri agar segala ibadah yanng kita lakukan mendapat redha Allah jua hendaknya. Apakah sebenarnya ibadah umum itu? Untuk pengetahuan ibadah umum ialah segala perbuatan, tindakan, kerja seharian yang kita lakukan adalah ibadah seandainya mempunyai perkara berikut:
....   Niat kerana Allah
.....  Dilaksanakan semua aktiviti itu mengikut syariat

Ibdah umum mempunyai 6 syarat
1.  Niat yang betul kerana Allah
2.  aktiviti yang dilakukan sah disisi syariat Islam
3.  Pelaksanaan yang baik
4.  Dilaksnakan dengan yang terbaik
5. Tidak meninggalkan ibadah asas
6. natijah yang baik.

Contoh Berniaga....satu pekerjaan yang baik niat mencari rezeki yang halal untuk diri dan menyara keluarga. Berniaga adalah halal disisi syariat. Pelaksanaan yang baik dalam perniagaan mcm mana....Contoh produk yang di jual mesti halal, jangan jual produk yang haram atau sumbernya haram, luput tarikh, mengandungi racun, toksid, merbahaya, penipuan dalam promosi, cetak rompak,gharar (samar2), riba , timbangannya tidak tepat dll maka ia tidak menjadi ibadah umum kepada peniaga berkenaan. Perniagaan dilaksanakan dengan terbaik bermaksud peniaga hendaklah cekap, tekun, bersungguh-sungguh,berilmu dari segi produk,ilmu iklan, promosi dll..Seterusnya mempunyai kemahiran (skil) seperti susun atur kedai, servis kepada pelanggan, kemahiran kemanusiaan kerana matlamat kerja kita seharian adalah ibadah.  Seterusnya jangan tinggal ibadah fardhu.Asyik sebuk melayan pelanggan waktu solat sering tertangguh,,,,dekat asar baru nak solat zohor maka tidaklah kerja kita itu menjadi ibadah kerana melanggar syariat yang Allah tetapkan iaitu solat apabila masuk waktu. Natijah yang baik bermaksud apabila akhir berniaga kita dapat untung.Untung perniagaan itu tujuannya untuk menjelaskan hutang, jangan guna untung kepada benda2 maksiat, keluarkan zakat.Sepatutnya mendapat untung bersyukur kehadrat Allah sebaliknya jika rugi kena bersabar.  Selama berniaga menepati ke enam2 syarat peniaga akan mendapat pahala didunia dan diakhirat kerana berniaga adalah fardhu kifayah yang dituntut untuk memberi manafaat kepada orang lain kerana hidup manusia di dunia ini saling bergantung antara satu sama lain.  Oleh itu apa sahaja yang kita lakukan hendaklah mempunyai 6 syarat agar ia menjadi satu ibadah untuk kita bawa menemui Allah kelak.Ingat wahai suri rumah kerja2 kita dirumah juga ibadah asalkan menepati 6 syarat....Marilah kita perbetulkan apa kesilapan yang sebelum ini kita lakukan agar mendapat pahala di sisi Allah.

Saturday, 10 December 2011

Amalan Bulan Muharram

 Maklumat dari radio IKIM pada 9 Dis (14 Muharram) Jumaat 2011
IKIM telah menjemput ustaz dari Mekah untuk menyampaikan amalan dalam bulan muharram

1.Mula pagi 15 Muharram hingga 21 Muharram sunnah makan 7 biji kurma yg terbaik kurma ajwa jika tiada mana2 pun boleh.Makan sebelum sarapan pagi. Khasiatnya untuk menghindarkan diri dari terkena sihir'

2. Amalkan solat sunat Dhuha.

Monday, 5 December 2011

puding karamel mudah

Bahan A.
1 tin susu cair
3 biji telur ayam
1 camca tepung jagung
3/4 cawn gula pasir
1 sudu teh esen vanila
sikit garam
Bahan B
1 cawan gula pasir

CARA:
1 Bland semua bahan A
2.Masak bahan B sehingga perang atau nampak cair
3. Masukkan bahan B ke dalam loyang
4. Masukkan bahan A ke dalam loyang
5. Kukus selama 30 minit.  Selamat mencuba....resepi ini saya ceduk dari face book siapa tak ingat tapi dah banyak kali buat insya allah sedap dan mudah.Penulis asal sama2lah kita kongsi ilmu agar dapat dimanafaatkan ya....

mari memasak dendeng (kwn tcs punya)

1 kg daging
30 tangkai cili kering
4 batang serai
20  biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
sebesar ibu jari lengkuas
semua bahan diatas dibland kecuali daging.

caranya;
1. Daging direbus. Sudah lembut ditoskan dan dihiris nipis kemudian ketuk daging itu'
2. daging yang sudah diketuk atau ditumbuk jangan sampai hancur ya. perap dengan kicap manis kira2 1 jam, nak sedap perap lebih lama lagi.
3. Panaskan minyak goreng daging yang diperap dengan kicap manis.Dah abih goreng daging itu tinggalkan minyak untuk tumis bahan2 blander diatas sehingga matang atau pecah minyak.
4. Masukkan daging tersebut.Taruk asam keping,gula merah dan sedikit garam.Nak berair guna air rebusan daging tadi.Rasa ikut suka hati lah..... Cjuba resepi ini memang sedap insya Allah dan ringkas sahaja'Jika sudah ada cili bland dlm peti ais lagi mudah. tambah je serai dan halia.
assalamualaikum .......

Kita bersyukur ada 3 bentuk:
1. Ungkapan dengan lidah
2.Dalam hati
3.Zahirkan dengan anggota dan pancaindera.
Kita hendaklah bersyukur atas  6 perkara:

1.Bersyukur atas nikmat Iman. Sewajarnya kita rasa bersyukur kerana dapat menikmati nikmat iman krn ia lebih baik daripada harta benda di dunia ini. Dalam hati rasa syukur kerana menjadikan kita dalam golongan orang yang beriman.Oleh itu kita jelmakan nikmat iman tadi dengan amali kita setiap hari seperti banyakkan solat sunat,berzikir, membaca al Quran, solat tahajud dan diri kita ini adakah ianya memberi manafaat pada orang lain agar orang lain turut mengecapi nikmatiman ini.

2.Bersyukur atas nikmat Islam.
   Kita hendaklah menngharapkan redha Allah setelah memahami apa itu Islam sebenarnya.

3.Bersyukur atas nikmat Al Quran
   Jangan jadikan 1 hari langsung kita tidak membaca al Quran. sesebuk mana kita dengan kerjaya, pengurus rumah tangga dsbnya tetapkan masa untuk membaca al Quran. Bukan sekadar membaca dengan anugerah suara yang merdu namun kita hendaklah bertaddabur dengan makna-makna yang terkandung dalam ayat-ayat Allah.Lihatlah perintah2 dan larangan Allah. Berusaha bersungguh2 apa yang Allah perintahkan untuk dilaksanakan.Berusaha untuk menghafal ayat2 al Quran untuk mendapat tingkat yang tinggi di dalam syurga kelak.

4.bersyukur atas nikmat Rasul
Rasul yang datang kepada kita membawa segala kebenaran dan kebaikan.Oleh itu kita sentiasa perlu berselawat kepada baginda Rasulullah s'a.w. Kita perlu taat perintahnya, perlu mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dari semua aspek

5. bersyukur atas nikmat ukhwah
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat ukhwah atau persaudaraan sesama Islam untuk mencari redha Allah s.w.t..Kita hendaklah memuji Allah kerana menyatukan hati2 kita dalam ukhwah Islam.Menurut Hassan Al bana, rahsia kekuatan kita ialah ukhwah itu sendiri.  Oleh itu jangan sesekali kita berpecah.Walaupun tiada hubungan talian darah namun ukhwah atas dasar iman itu sebenarnya menyatukan hati2 kita untuk menegakkan Islam dibumi  Allah ini. Sumber kekuatan ukhwah itu sebenarnya datang dari
Allah s.w.t.

6.Bersyukur atas nikmat dakwah.
Nikmat berdakwah untuk sebarkan agama Allah iaitu Islam. berdakwah tidak terhad untuk para ulamak dan para ustaz semata2 tetapi semua umat Muhammad. Dalam halaqah kita dilatih  untuk sebarkan islam. Seandainya kita dapat memberi petunjuk kepada orang lain, maka pahalanya lebih baik daripada dunia dan isinya. Dakwah lebih baik dari segala2nya dan jika kita mati atas amalan dakwah pahalanya akan berterusan.Ini janji Allah kepada para pendakwah....Dengan itu marilah kita bersama2 manafaatkan umur kita...hari yang berlalu  tidak akan kembali....bahkan 1 jam yang berlalu tidak akan kembali lagi.....sama2lah kita muhasabah diri kita yang amat kerdil disisi Allah. Kita sentiasa perlu ingat dalam hidup mesti jadi orang yang soleh dan menjadi agen soleh kepada orang lain.Kita kena ingat jangan habiskan 1 bahagian masa kamu terhadap benda yang tidak mendatangkan faedah.Menurut Hassan al Bana "Masa itu satu Kehidupan".Oleh itu berusahalah untuk mentaati Allah.Dalam dakwah kita mempunyai cita2 dan keazaman yang tinggi iaitu
Jihad jalan kami......
Mati syahid cita2 kami
Berusah mentaati allah
Contohi Rasulullah s.a.w
Quran sebagai perlembagaan
Ukhwah teras kegemilangan, asas kemuliaan dan kejayaan
Berusaha untuk sebarkan agama Islam....jangan berlalu satu hari tidak menolong agama Allah
Jangan lupa nikmat Islam, nikmat iman, nikmat Quran, nikmat Rasulullah , nikmat ukhwah dan nikmat dakwah
Oleh itu takwa bukan dalam kepala tetapi dihati kita. Ketahuilah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.Apabila saya memohon ampun pada Allah adakah cukup dengan melafaz istigfar tetapi tidak berbuat apa2.Contohnya adakah akhlak kita sudah benar2 Islam, solat kita benar2 khusuk, tindak tanduk kita mengikut batas2 Islam....marilah sama2 kita koreksi diri masing2.wallahualam. kita kena ingat pentingnya tarbiyah....kerana melalui proses tarbiyah bukan semata2 untuk mendapat ilmu tetapi pembentukan jati diri kita untuk melaksanakan Islam dan dakwah itu sendiri.