PESANAN DARI USTAZ......
Bila kita dengar sesuatu ilmu terus niatkan untuk di amalkan dan disampaikan kepada orang lain agar ilmu itu berkembang dan dimanafaatkan oleh ramai orang. Dalam IKIM pg tadi 31 Dis seorg ustasz menyampaikan
topik ibadah. Ibadah terbahagi 3 iaitu
1. Ibadag asas - rukun iman dan rukun Islam
2. Ibadah sunat -untuk menampung kecacatan dalam ibadah asas seperti buat solat sunat sebelum dan selepas zohor.
3. Ibadah umum membawa maksud lebih luas lagi- fardhu kifayah dan amal soleh. Apabila ditegakkan ibadah umum barulah Islam tertegak dengan indah seumpama pohon yang rendang.
Marilah kita fokuskan apakah ibadah umum itu?
Apa yang berlaku hari ini ialah kebocoran dalam ibadah kita masing2.Oleh itu marilah sama2 muhasabah diri agar segala ibadah yanng kita lakukan mendapat redha Allah jua hendaknya. Apakah sebenarnya ibadah umum itu? Untuk pengetahuan ibadah umum ialah segala perbuatan, tindakan, kerja seharian yang kita lakukan adalah ibadah seandainya mempunyai perkara berikut:
.... Niat kerana Allah
..... Dilaksanakan semua aktiviti itu mengikut syariat
Ibdah umum mempunyai 6 syarat
1. Niat yang betul kerana Allah
2. aktiviti yang dilakukan sah disisi syariat Islam
3. Pelaksanaan yang baik
4. Dilaksnakan dengan yang terbaik
5. Tidak meninggalkan ibadah asas
6. natijah yang baik.
Contoh Berniaga....satu pekerjaan yang baik niat mencari rezeki yang halal untuk diri dan menyara keluarga. Berniaga adalah halal disisi syariat. Pelaksanaan yang baik dalam perniagaan mcm mana....Contoh produk yang di jual mesti halal, jangan jual produk yang haram atau sumbernya haram, luput tarikh, mengandungi racun, toksid, merbahaya, penipuan dalam promosi, cetak rompak,gharar (samar2), riba , timbangannya tidak tepat dll maka ia tidak menjadi ibadah umum kepada peniaga berkenaan. Perniagaan dilaksanakan dengan terbaik bermaksud peniaga hendaklah cekap, tekun, bersungguh-sungguh,berilmu dari segi produk,ilmu iklan, promosi dll..Seterusnya mempunyai kemahiran (skil) seperti susun atur kedai, servis kepada pelanggan, kemahiran kemanusiaan kerana matlamat kerja kita seharian adalah ibadah. Seterusnya jangan tinggal ibadah fardhu.Asyik sebuk melayan pelanggan waktu solat sering tertangguh,,,,dekat asar baru nak solat zohor maka tidaklah kerja kita itu menjadi ibadah kerana melanggar syariat yang Allah tetapkan iaitu solat apabila masuk waktu. Natijah yang baik bermaksud apabila akhir berniaga kita dapat untung.Untung perniagaan itu tujuannya untuk menjelaskan hutang, jangan guna untung kepada benda2 maksiat, keluarkan zakat.Sepatutnya mendapat untung bersyukur kehadrat Allah sebaliknya jika rugi kena bersabar. Selama berniaga menepati ke enam2 syarat peniaga akan mendapat pahala didunia dan diakhirat kerana berniaga adalah fardhu kifayah yang dituntut untuk memberi manafaat kepada orang lain kerana hidup manusia di dunia ini saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu apa sahaja yang kita lakukan hendaklah mempunyai 6 syarat agar ia menjadi satu ibadah untuk kita bawa menemui Allah kelak.Ingat wahai suri rumah kerja2 kita dirumah juga ibadah asalkan menepati 6 syarat....Marilah kita perbetulkan apa kesilapan yang sebelum ini kita lakukan agar mendapat pahala di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment