Monday, 5 December 2011

assalamualaikum .......

Kita bersyukur ada 3 bentuk:
1. Ungkapan dengan lidah
2.Dalam hati
3.Zahirkan dengan anggota dan pancaindera.
Kita hendaklah bersyukur atas  6 perkara:

1.Bersyukur atas nikmat Iman. Sewajarnya kita rasa bersyukur kerana dapat menikmati nikmat iman krn ia lebih baik daripada harta benda di dunia ini. Dalam hati rasa syukur kerana menjadikan kita dalam golongan orang yang beriman.Oleh itu kita jelmakan nikmat iman tadi dengan amali kita setiap hari seperti banyakkan solat sunat,berzikir, membaca al Quran, solat tahajud dan diri kita ini adakah ianya memberi manafaat pada orang lain agar orang lain turut mengecapi nikmatiman ini.

2.Bersyukur atas nikmat Islam.
   Kita hendaklah menngharapkan redha Allah setelah memahami apa itu Islam sebenarnya.

3.Bersyukur atas nikmat Al Quran
   Jangan jadikan 1 hari langsung kita tidak membaca al Quran. sesebuk mana kita dengan kerjaya, pengurus rumah tangga dsbnya tetapkan masa untuk membaca al Quran. Bukan sekadar membaca dengan anugerah suara yang merdu namun kita hendaklah bertaddabur dengan makna-makna yang terkandung dalam ayat-ayat Allah.Lihatlah perintah2 dan larangan Allah. Berusaha bersungguh2 apa yang Allah perintahkan untuk dilaksanakan.Berusaha untuk menghafal ayat2 al Quran untuk mendapat tingkat yang tinggi di dalam syurga kelak.

4.bersyukur atas nikmat Rasul
Rasul yang datang kepada kita membawa segala kebenaran dan kebaikan.Oleh itu kita sentiasa perlu berselawat kepada baginda Rasulullah s'a.w. Kita perlu taat perintahnya, perlu mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dari semua aspek

5. bersyukur atas nikmat ukhwah
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat ukhwah atau persaudaraan sesama Islam untuk mencari redha Allah s.w.t..Kita hendaklah memuji Allah kerana menyatukan hati2 kita dalam ukhwah Islam.Menurut Hassan Al bana, rahsia kekuatan kita ialah ukhwah itu sendiri.  Oleh itu jangan sesekali kita berpecah.Walaupun tiada hubungan talian darah namun ukhwah atas dasar iman itu sebenarnya menyatukan hati2 kita untuk menegakkan Islam dibumi  Allah ini. Sumber kekuatan ukhwah itu sebenarnya datang dari
Allah s.w.t.

6.Bersyukur atas nikmat dakwah.
Nikmat berdakwah untuk sebarkan agama Allah iaitu Islam. berdakwah tidak terhad untuk para ulamak dan para ustaz semata2 tetapi semua umat Muhammad. Dalam halaqah kita dilatih  untuk sebarkan islam. Seandainya kita dapat memberi petunjuk kepada orang lain, maka pahalanya lebih baik daripada dunia dan isinya. Dakwah lebih baik dari segala2nya dan jika kita mati atas amalan dakwah pahalanya akan berterusan.Ini janji Allah kepada para pendakwah....Dengan itu marilah kita bersama2 manafaatkan umur kita...hari yang berlalu  tidak akan kembali....bahkan 1 jam yang berlalu tidak akan kembali lagi.....sama2lah kita muhasabah diri kita yang amat kerdil disisi Allah. Kita sentiasa perlu ingat dalam hidup mesti jadi orang yang soleh dan menjadi agen soleh kepada orang lain.Kita kena ingat jangan habiskan 1 bahagian masa kamu terhadap benda yang tidak mendatangkan faedah.Menurut Hassan al Bana "Masa itu satu Kehidupan".Oleh itu berusahalah untuk mentaati Allah.Dalam dakwah kita mempunyai cita2 dan keazaman yang tinggi iaitu
Jihad jalan kami......
Mati syahid cita2 kami
Berusah mentaati allah
Contohi Rasulullah s.a.w
Quran sebagai perlembagaan
Ukhwah teras kegemilangan, asas kemuliaan dan kejayaan
Berusaha untuk sebarkan agama Islam....jangan berlalu satu hari tidak menolong agama Allah
Jangan lupa nikmat Islam, nikmat iman, nikmat Quran, nikmat Rasulullah , nikmat ukhwah dan nikmat dakwah
Oleh itu takwa bukan dalam kepala tetapi dihati kita. Ketahuilah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.Apabila saya memohon ampun pada Allah adakah cukup dengan melafaz istigfar tetapi tidak berbuat apa2.Contohnya adakah akhlak kita sudah benar2 Islam, solat kita benar2 khusuk, tindak tanduk kita mengikut batas2 Islam....marilah sama2 kita koreksi diri masing2.wallahualam. kita kena ingat pentingnya tarbiyah....kerana melalui proses tarbiyah bukan semata2 untuk mendapat ilmu tetapi pembentukan jati diri kita untuk melaksanakan Islam dan dakwah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment